Sunday 26 June 2011

The window of our memories is still open, My mind is still thinking about you and hoping, Those days can still be recalled but not you, Give me a chance to prove that my love is true
Now, when years have passed  From that dreadful day  My pain still lasted  Those bad words, please don’t say
Happiness all around me, Hate and pain inside me, Tears going to waste,  Things need to be left unsaid,  Dying from the inside and out  Don't know how to work this pain or hate, God please forgive and forget for I am  Crying for this night to end, Take me away were i don't have to be here, I'm cutting myself just being here, My heart falling apart and i don't know what to do  As it breaks by piece by piece  I turn and look at you as i wind goodbye to  the one I love 

Friday 17 June 2011

Hope

My journey teach me of what is the true meaning of pain and sadness..

to see the smile and the cheer that not belong to u at all..

but others..

above of all pain and sadness..

i finally found the path of light..

path that beat the shine of sun..

path that much brighter than the light of moon..

a path of IMAN..

a path of FAITH..

and i'll sitting here and pray for the happiness..

happiness that not belong to me..

to that someone..

someone that not belong to me..

someone that i dearest the most..

much important than myself..

a sacrifice must be taken..

to see the smile that not belong to me..

to see the cheers not belong to me..

is enough for me..

to see the happiness..

satisfied to bring me smile..

eventhough its not belong to me..

i said to myself..

the aftermath might hurt me..

or vice versa..

let time answer everything..

i'll b waiting in darkness..

that glyph a light..

of HOPE..

Cinta

Mengapa ko mencintai dia sedangkan dia tidak pernah perasan cinta kau..
Mengapa ko mencintai dia sedangkan ko di selindungi oleh bayangan si dia..

Aku pun menjawab..
cuba ko melihat langit..
apa yang ko nampak??

luaskan langit itu??
bagaikan tiada penghujung..
sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku bersabar dengan dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku melayan karenah dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu gembira melihat dia gembira..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku senyum melihat dia tersenyum..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku menahan kesedihan..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku menelan pahit melihat dia bersama dengan si dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku menyayanginya..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku kasih dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku ingin menjaga dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku ingin bersama dengan dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu niat aku ingin memiliki dia..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku keinginan dia menjadik halal untuk aku..

akhir sekali..

sebegitu luas langit itu..
sebegitu aku mencintai dia sepenuh hati aku..
mujahid terdiam dan terkejut dengan jawapan itu..
dan hanya mampu mendongak dan menangis mendengar jawapan itu..

lalu berkata..
Kasih sayang yang sebenar-benarnya sayang..
tidak perlu di lafazkan

Wednesday 8 June 2011


Umat Islam percaya telaga zam-zam ditemui oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali antara bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu. Allah menghantar malaikat Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan memanggil zamzam yang bermaksud 'kepung air'. Ketika itu Mekah belum ada penduduk.

Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.

Perkataan "zamzam" dipercayai berasal daripada ungkapan "zomk-zomk" bermakna "berhenti mengalir" - yang diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan keluar.

Menurut hadis, Abu Tharr Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam selama sebulan.



Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, sebagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Ka’bah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari ‘Aisyah r.a. yang berbunyi : ‘Dari ‘Aisyah r.a. katanya; “Aku sangat ingin memasuki Ka’bah untuk melakukan sholat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. membawa Siti ‘Aisyah ke dalam Hijir Ismail sambil berkata ” Sholatlah kamu di sini jika kamu ingin sholat di dalam Ka’bah, karena ini termasuk sebagian dari Ka’bah.
Sholat di Hijir Ismail adalah sunnah, dalam arti tidak wajib dan tidak ada kaitan dengan rangkaian kegiatan ibadah Haji atau ibadah Umroh.


Dari segi bahasa, “Maqam” bererti tempat berpijak.
Maqam Ibrahim ialah batu yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s. untuk dijadikan tempat berpijak bapanya Nabi Ibrahim a.s. ketika mereka membina Kaabah. Dari atas batu inilah Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah dengan tangannya sendiri daripada batu-batu yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s.

Setiap kali bangunan Kaabah bertambah tinggi, batu (maqam) tersebut ikut naik seolah-olah ia berfungsi seperti tangga kren.

Diriwayatkan bahawa Said bin Jubair berkata: “Batu Maqam Ibrahim ini, Allah s.w.t. telah menjadikannya lembut dan ia sebagai rahmat. Nabi Ibrahim a.s. berdiri di atasnya manakala Nabi Ismail a.s. menghulurkan batu-batan kepadanya.

Di atas batu ini juga Nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia supaya dating mengerjakan haji setelah selesai membina Kaabah.

Al-Fakihi meriwayatkan bahawa: “Apabila selesai membina kaabah, Allah s.w.t. telah memerintahkan agar Nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia untuk datang mengerjakan haji. Nabi Ibrahim a.s. naik ke atas batu (Maqam Ibrahim) lalu berseru: “Wahai manusia! Telah difardukan ke atas kamu mengerjakan haji.”

Maka ia telah diperdengarkan kepada mereka yang berada dalam sulbi lelaki dan dalam rahim perempuan. Mereka yang beriman serta mereka yang telah ditulis oleh Alalh s.w.t. akan datang untuk mengerjakan haji hingga hari kiamat telah menyahutnya dengan menyebut: Labbaikallahumma labbaik.

Oleh sebab perbuatan ini merupakan salah satu daripada amalan yang dicintai oleh Allah, maka Allah s.w.t. telah menjadikan kesan tapak kaki Nabi Ibrahim a.s. ini kekal sebagai peringatan kepada orang yang beriman daripada keturunannya, bagi mereka dan seluruh manusia.


Mirzab atau Mizab artinya talang atau pancuran air. Mizab Ka’bah terdapat di pertengahan dinding sebelah barat bagian atas Ka’bah yang mengarah ke Hijir Ismail. Orang menyebutnya juga dengan nama Mizab Rahmah, talang yang penuh rahmah, karena keberadaanya di tempat yang penuh rahmah. Talang air itu dibuat pada masa pemerintahan Bani Umayyah. Mizab dibangun semata-mata agar air tidak menggenang di atas Ka’bah.
Pada tahun 959H Sultan Sulaiman I dari Kerajaan Usmani mengganti mizab itu dengan perak. Pada tahun 1021H Sultah Ahmad I mengganti lagi dengan perak yang dilukis dengan tinta biru berselang-seling emas. Pada tahun 1273H Sultan Abdul Majid mengirim saluran air yang terbuat seluruhnya dari emas. Mizab atau saluran air itulah yang ada sampai sekarang. Itu pula sebabnya sebagian orang sekarang menyebutnya dengan nama “Pancuran Emas’.